Friday, April 6, 2012

KANSER, KANKER, PENYAKIT ZAMAN DIGITAL



Bukan senang sebenarnya memahami apa itu kanser.

Setelah memerhati secara peribadi kanser menimpa tujuh orang (sekiranya ingatan saya tepat) dalam tempoh lebih kurang 15 tahun yang lepas, pemahaman penyakit ini dari segi saintifik, perubatan dan perasaan masih samar.

Apapun satu persamaan diperhatikan. Kesemuanya menyerlahkan betapa tiada kuasanya manusia. Sememangnya manusia dibadai ombak qada dan qadar. Yang tetap ialah kuasa pilihan sahaja yang tinggal walaupun keputusan pilihan yang dibuat tetap diluar pengendalian manusia.

Adakah pemerhatian ini menidakkan atau mengiakan realiti, terpulang kepada perspektif pembaca.


Andri