Friday, March 5, 2010

KAHWIN LARI!

dAH BANYAK DENGAR CERITA GADIS KAHWIN LARI KHUSUSNYA KES KE lombok!

mACAM-MACAM!

Ingatlah, mula-mula kalau ada lelaki yang cakap-cakap manis maksudnya dia nak tackle le tu!
Jadi hitung dulu, adakah mamat ni yang mak bapa restu jadi menantu? Kalau tak, pasang terus perisai dan terus jauhkan diri!!
Janji manis selalunya meraih simpati meraih kesian supaya awak diperhambakan olehnya! Ingat keluarga mu perlu anda berjaya dalam persekolahan, negara mu memerlukan anda berjaya dalam persekolahan. Sudikah anda jadi penganiaya korban keluarga dan ibubapa anada dan kesemua orang dalam negara ini yang boleh mengambil faedah dengan kejayaan anada disekolah? Kita hidup bermasyarakat tak ubah macam hidup macam semut. Setiap satu individu yang membuat negara ini cemerlang!!
Kalau keliru tanyalah kak, takpe kita boleh bincang..

Bercinta Monyet Biar Berpada Kera

Memang lumrah remaja akan tertarik kepada jantina berlawanan. Khususnya remaja lelaki bila hormon dah bernyala akan mengaktifkan deria memburu.
Bagi remaja lelaki: Bagaimana hormon ternyala? Selalunya bila melihat yang cantik, atau yang tertarik dengan bau atau pakaian atau cara bercakap atau lenggang lenggok.
Bagi remaja perempuan:Bila tertarik sebab perhatian diberi, yang lain tu rahsia la tak boleh bagi tahu secret nak pikat..

Bagi kesemua golongan remaja selalu menganggap bila dah sampai ke satu tahap umur , bahawa ber"couple" adalah sesuatu yang rakan-rakan anggap biasa. Sehingga yang tiada couple dianggap pelik atau berkekurangan. Tanggapan ini diperkukuhkan dengan cerita-cerita TV dan wayang. khususnya seperti cerita-cerita orang putih dan yang cerita melayu pun ada. Maksudnya ber couple tanggapan itu adalah cool atau ok. Tetapi sebenarnya itu kalau masyarakat sesat macam orang putih dimana maruah diri tidak dinilai dan nasihat ibubapa serta korban ibubapa tidak dinilai. Masyarakat kita, ingat-ingat lah... kita kat sekolah untuk nak menimba ilmu! bukan nak bercouple..!

Tetapi awas ya.. bagi remaja perempuan, nak bercinta masa di bangku sekolah biar berpada. Maksud khusus : jangan bersentuhan! pegang tangan pun cuba janga benarkan! Diri anda adalah maruah anda. It is ok to say "no". Malah kita tabik kat derang ni yang tak benarkan pakwe sentuh mereka. Kalau dah nak bersentuhan itu bukannya cinta lagi tetapi "nafsu". maksudnya kalau bukan awak pun dia akan buat yang sama kalau diberi peluang, takde special. Bila remaja lelaki yang sedang bercinta menyatakan nak pegang atau sentuh sebab cinta, itu sebenarnya nafsu la..

bagai remaja lelaki: kalau dah jatuh cinta tu luahkan perasaan dengan banyak menulis, bersyair atau buat lagu. Nak sentuh hanya sentuh naluri romantis yakni biar makwe tu sayang dari segi perasaan. Ingat kalau betul-betul sayang tak payah nak pegang-pegang tangan dsb. itu dah bukan sayang tapi nafsu binatang dalam diri.


Tapi ada problem cinta monyet?.. Jom tanya kak... dahjumpa@gmail.com

Sis K