Monday, July 5, 2010

Sukarelawan Program Bantuan Makanan KL

Alhamdulillah telah dimaklumkan kumpulan sukarelawan untuk program bantuan makanan dengan ihsan dan kerjasama Masjid Negara KL telah berjaya menyalurkan 210 bungkusan makanan diperkarangan Masjid Negara pada 4hb Julai 2010 dari jam 11.30 pagi. Walaupun hari hujan dengan lebat, mereka yang memerlukan telah sanggup datang. Kumpulan sukarelawan selanjutnya telah ke kawasan perhentian bas kelang untuk menyalurkan sebanyak 40 bungkusan makanan.

Pada bulan lepas aktiviti yang sama telah dijalankan dihadapan tetapi diluar perkarangan Masjid Negara yang mana sebanyak 250 bungkusan telah diagihkan.

Mujurlah ada pihak-pihak yang lain yang juga menganjurkan program bantuan makanan kerana jelas ramai yang memerlukan.